Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Syaikh Yusuf Al-Qardawi memuji pewaris takhta Saudi, Malik Abdullah dan menuduh Nuri Maliki sebagai pencetus perbalahan Syiah-Sunni di Iraq dalam fitnah terbarunya.
Ulama Sunni ini bertindak seolah-olah seorang jurubicara raja dan menteri apabila berkata, "Seruan Raja Saudi Malik Abdullah kepada pemerintah negara-negara Dewan Kerjasama Teluk supaya menukar badan tersebut menjadi Kesatuan Teluk adalah satu kesempatan dan kewajipan. Sebenarnya beliau menyeru kita mengenai agama. Kita berterima kasih kepada orang yang berbakti kepada Haramain dan meminta rakan-rakan negara-negara Teluk membantu beliau. Permintaan ini bukanlah seperti rancangan Maliki, iaitu rancangan yang mahu menjual Iraq kepada Syria."
Al-Qardawi menambah fitnahnya dengan mengatakan: "Nuri maliki ingin menjual Iraq kepada Syria dan sebaik sahaja beliau tidak mempunyai sokongan daripada rakan dan Amerika di Iraq, beliau ingin menghukum Ahlsunnah tanpa perbicaraan di Iraq."
Mengenai Hashemi, beliau berkata, "Nuri Maliki telah memerangkap Tariq Al-Hashemi! rancangan Maliki tidak ada sebarang nilai, beliau mengeluarkan Amerika dengan mempermainkan nyawa jutaan manusia, beliau mendahulukan mazhabnya dari Islam dan mengutamakan puak tertentu dari bangsa Iraq".
Al-Qardhawi menambah, "Tentang pemecah belah dan kebencian, kita bersama bangsa Syria! bukan bersama pemerintah Syria! Diktator sedang melakukan jenayah, ia sedang menyeksa bangsanya sendiri, ramai kaum wanita, kanak-kanak dan orang tua meninggal dunia di tangan mereka. Ini benar-benar terjadi di Syria. Islam telah menang di Libya dan Mesir, tanpa diduga oleh sesiapapun ianya turut terjadi di Maghribi, Yaman dan Syria, parti Ba'ath sedang menuju ke penghujungnya."
Tanpa menyedari kehadiran komplot Saudi dan Zionis di belakang pemberontak Syria, beliau berkata, "Wahai Bashar! cukuplah, apakah anda mahu memerintah Syria buat selama-lamanya? Berikan izin rakyat menentukan pemerintahan sendiri kerana rakyat akan kekal, sedangkan para pemerintah akan binasa."
Al-Qardawi memberikan khutbah tersebut tanpa menyentuh sedikit pun tentang pemerintahan monarki dan diktator seperti Qatar dan Arab Saudi. Khutbahnya juga sama sekali tidak menyentuh tentang pembunuhan orang awam di tangan ragim Al Khalifah Bahrain.
Yang lebih aneh lagi, Al-Qardhawi memberi khutbah Jumaat tersebut di masjid Muhammad bin Abdul Wahab yang baru dibina di Qatar. Beliau juga turut memuji pengasas ajaran sesat tersebut sebagai Reformis Semenanjung Tanah Arab!
Jurubicara rasmi Nuri Maliki, Ali Shallah mengecam Al-Qardawi sebagai seorang ekstrimis dan berkata, "Sudah sedia maklum bahawa beliau seorang yang sedang menjual agama dan tanah airnya. Bangsa Iraq tidak akan lupa fitnahnya dan fatwa pembunuhan warga Iraq di zaman negara ini dijajah oleh Amerika."
26 Disember 2011 - 20:30
News ID: 286722
Yusuf Al-Qardawi memuji pengasas firqah Wahabi, Muhammad bin Abdul Wahab dan Raja Saudi Malik Abdullah dalam fitnah terbarunya. Sementara itu Perdana Menteri Iraq, Nuri Maliki yang dipilih menurut proses demokrasi pula disifatkan Al-Qardawi sebagai stimulasi perbalahan Syiah-Sunni.